Friday 29 July 2011

pencuci mulut (puding karamel)


Bahan-bahan yang diperlukan
  1. 5 biji telur
  2. gula secukupnya
  3. susu UHT (250 ml)
Cara-cara penyediaan (gula hangus)
  • Masukkan 5 sudu gula dan 2 sudu air ke dalam kuali,kemudian gaulkan secara perlahan dengan api yang sederhana.
  • Tambahkan 2 sudu air lagi ke dalam kuali.Teruskan menggaul sehingga adunan menjadi kuning keperangan.
  • Kemudian,tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk dan keras
Cara-cara penyediaan (puding)
  •  Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk
  • Kemudian,masukkan 2 biji telur yang diambil kuningnya sahaja
  • Masukkan 5 sudu gula ke dalam telur tadi dan kacau secara perlahan 
  • Kemudian,panaskan susu di dalam periuk tetapi jangan sampai mendidih
  • Tutup api dan masukkan adunan telur tadi.Kacau secara perlahan
  • Kemudian masukkan adunan ke dalam gula hangus tadi dengan menggunakan penapis dan kukuskan selama kira-kira sejam.
  • Selepas itu,biarkan sejuk atau letakkan ke dalam peti sejuk
  • Akhir sekali,boleh dihidangkan
video cara-cara menyediakan puding karamel

No comments:

Post a Comment