Tuesday 13 September 2011

Coklat Aiskrim

ais krim

Bahan A:
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 140gm gula kastor
Bahan B:
  • 250ml susu penuh krim
  • 60gm seruk koko
Bahan C:
  • 400gm non dairy whipping cream ( krim putar bukan tenusu dalam kotak yang untuk kek)
  • 1 sudu kecil vanila esen
cara buat:
  • pukul bahan A hingga putih dan berkrim
  • panaskan susu hingga mendidih dan masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati (bahan B)
  • tuang adunan susu dan koko ini ke dalam adunan telur dan sejukkan
  • putar whipping cream hingga kental dan gebu
  • masukkan whipping cream ke dalam adunan tadi yang telah disejukkan dan gaul sebati
  • tuang ke dalam bekas/ kontena plastik dan simpan dalam freezer 1 malam
Selamat mencuba ye....^^

Sunday 31 July 2011

Coklat praline




Bahan-bahan yang diperlukan 
  • Bahan coklat compound(coklat hitam dan putih)
  • Pewarna coklat
Cara-cara membuat
  1. Bahan coklat dipotong kecil
  2. Masukkan coklat yang dipotong tadi ke dalam plastik.
  3. Cairkan coklat yang dipotong dengan cara kukus
  4. Potong sedikit untuk membuat lubang pada plastik yang mengandungi coklat hitam yang cair tadi
  5. Masukkan coklat hitam yang cair ka dalam bekas atau acuan
  6. Masukkan pewarna coklat ke dalam plastik yang mengandungi coklat putih
  7. Masukkan coklat putih yang dicampurkan dengan pewarna tadi ke dalam bekas atau acuan
  8. Anda boleh membuat pelbagai bentuk dan warna coklat dengan menggunakan coklat yang cair tadi mengikut kreativiti anda.

Video menunjukkan cara-cara membuat coklat praline

Jus buah betik

 video cara-cara membuat jus betik

Bahan-bahan yang diperlukan
  1. Buah betik yang dipotong kecil
  2. Susu pekat
  3. Air suam
 Cara-cara membuat
  1. Masukkan buah betik yang dipotong kecil ke dalam mesin pengisar
  2. Masukkan 2 sudu susu pekat
  3. Kemudian,masukkan air yang secukupnya
  4. Selepas itu,kisarkan sehingga sebati
  5. Masukkan jus ke dalam gelas dan boleh dihidangkan.

makanan ringan(Ais krim goreng)



Bahan-bahan yang diperlukan
  1. Ais krim
  2. Telur yang dipukul dengan garfu
  3. cornflake yang dihancurkan menjadi serbuk
Cara-cara membuat
  • Keluarkan ais krim dan letakkan di atas pinggan
  • Letakkan ais krim yang diletakkan atas pinggan tadi ke dalam peti sejuk selama 2 jam
  • Keluarkan ais krim.Kemudian,salutkan ais krim tadi dengan telur dan cornflake.
  • Kemudian letakkan ais krim yang telah disalutkan dengan telur dan cornflake tadi ke dalam peti sejuk selama 2 jam sehingga keras.
  • Keluarkan ais krim tadi dan gorengkannya dengan menggunakan minyak yang panas
  • Gorengkan ais krim tadi selama 30 saat dan terbalikkan.Seterusnya,boleh diangkat ais krim tadi.
  • Ais krim goreng boleh dihidangkan.


Video cara-cara membuat ais krim goreng

Friday 29 July 2011

makan malam(Nasi Ayam Hainan)

 

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI
1) Beras (2 cawan)
2) Bawang merah dicincang (3 ulas)                                      
3) Bawang putih ditumbuk (2 ulas)
4) Halia dihiris nipis (1 inci)
5) Mentega (3 sudu besar)
6) Air (secukupnya)
7) Garam (secukup rasa)
                                                                                                                 

BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM
1) Ayam (1/2 ekor)
2) Sup bunjut (1 bungkus)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Halia (1 inci)
5) Bawang merah (1 ulas)
6) Kulit kayu manis (1 inci)
7) Serbuk lada putih (1 sudu kecil)                           
8) Garam (secukup rasa)


BAHAN-BAHAN UNTUK AIR LADA
1) Cili merah (6 biji)
2) Air rebusan ayam (1/2 cawan)
3) Bawang putih (3 ulas)
4) Halia (1 inci)
5) Minyak bijan (1 sudu kecil)
6) Cuka (1 sudu kecil)
7) Gula (2 sudu kecil)
8) Garam (sedikit)


Cara-cara penyediaan

Memasak Nasi:
Cairkan mentega. Tumis bawang putih, halia dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan air, beras dan garam.
Apabila nasi kering, kacau dan tutup periuk. Masak hingga nasi benar-benar empuk..
Memasak Ayam:
Tumbuk hancur halia, bawang putih bawang merah, garam dan serbuk lada putih.
Perap ayam bersama bahan ditumbuk.
Renehkan ayam dan masukkan sup bunjut serta kulit kayu manis. Renehkan hingga ayam empuk dan masak.
Air rebusan ayam dihidang sebagai sup.
Membuat Air Lada:
Kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam, dan air rebusan ayam hingga hancur.
Hidang nasi bersama ayam, sup, air lada dan kicap.





pencuci mulut (puding karamel)


Bahan-bahan yang diperlukan
  1. 5 biji telur
  2. gula secukupnya
  3. susu UHT (250 ml)
Cara-cara penyediaan (gula hangus)
  • Masukkan 5 sudu gula dan 2 sudu air ke dalam kuali,kemudian gaulkan secara perlahan dengan api yang sederhana.
  • Tambahkan 2 sudu air lagi ke dalam kuali.Teruskan menggaul sehingga adunan menjadi kuning keperangan.
  • Kemudian,tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk dan keras
Cara-cara penyediaan (puding)
  •  Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk
  • Kemudian,masukkan 2 biji telur yang diambil kuningnya sahaja
  • Masukkan 5 sudu gula ke dalam telur tadi dan kacau secara perlahan 
  • Kemudian,panaskan susu di dalam periuk tetapi jangan sampai mendidih
  • Tutup api dan masukkan adunan telur tadi.Kacau secara perlahan
  • Kemudian masukkan adunan ke dalam gula hangus tadi dengan menggunakan penapis dan kukuskan selama kira-kira sejam.
  • Selepas itu,biarkan sejuk atau letakkan ke dalam peti sejuk
  • Akhir sekali,boleh dihidangkan
video cara-cara menyediakan puding karamel

sarapan pagi yang ringkas lagi enak (sandwich telur)



Bahan-bahan yang diperlukan
Roti sandwich
3 biji telur
3 ulas bawang putih digoreng dengan sedikit minyak
2 sudu makan yogurt asli rendah lemah
1 sudu serbuk lada putih
hirisan salad
garam secukupnya
mentega

Cara:
1. rebus telur,kemudian buangkan kulitnya dan hancurkan telur yang telah direbus itu.
2. Masukan bawang putih goreng, lada putih dan yogurt kemudian gaul hingga sebati dan masukan garam secukup rasa.
3. Sapu roti dengan mentega dan letakkan hirisan salad serta  telur dan kemudian letakkan hirisan salad lagi pada lapisan telur dan tutup dengan sekeping roti yang telah disapu dengan mentega.
4. Potong dua dan sedia untuk dimakan.